Kemudahan Jalan Raya Bawa Impak Kepada Rakyat Luar Bandar

JUMAAT, 14 APRIL 2023

BETONG: Pembinaan kemudahan asas seperti jalan raya bukan sahaja mengubah taraf hidup kawasan luar bandar malah membantu dalam mengukuhkan silaturrahim sesama penduduk.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Mohammad Razi Sitam berkata jalan raya yang dibina di kampung-kampung khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas telah memudahkan perhubungan para penduduk di kawasannya.

“Inilah usaha kerajaan Negeri Sarawak di mana di sebalik pembangunan yang diberi kepada rakyat, secara tidak langsung ia akan memberi impak yang sangat banyak lebih-lebih untuk merapatkan jalinan sesama kita,” katanya berucap ringkas pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Supa di Masjid Uswatul Hasanah, Kampung Supa pada Khamis.

Menyentuh perkara lain, ADUN Saribas itu berkata akan berhubung dengan agensi yang berkenaan untuk memastikan projek naiktaraf tempat mengambil wudhu di Masjid Kampung Supa dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya, projek tersebut memang telah diletakkan di bawah Jabatan Pembangunan Negeri (SDO).

Pada masa sama, beliau turut menjemput Ahli Jawatankuasa Masjid Dan Surau Kampung Supa untuk hadir ke Majlis Penyerahan Cek Sumbangan kepada Surau Dan Masjid seluruh Saribas yang akan dilaksanakan di Dewan Millennia Debak pada 17 April ini.

Dalam majlis tersebut, Mohammad Razi menyampaikan sumbangan kepada 30 keluarga asnaf di Kampung Supa. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia