Sarawak Peruntuk Lebih RM6 Juta Bantu Golongan Memerlukan Di Betong

JUMAAT, 14 APRIL 2023

PUSA: Kerajaan Sarawak telah membelanjakan lebih RM6 juta untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di Bahagian Betong.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam berkata bantuan yang disalurkan tersebut mempunyai syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada masyarakat di Sarawak.

Katanya, sumbangan yang disalurkan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.

Mohammad Razi berkata demikian pada Majlis Sejambak Kasih Raya Tahun 2023 N 29 Beting Maro di Dewan Seminar Al Amin Beladin/Masjid Al Amin Beladin, Pusa pada Khamis.

Harapannya program seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dan pihak jabatan serta membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu juga berharap penerima bantuan tidak hanya bergantung kepada kerajaan kerana bantuan yang disalurkan tidak diberikan sepanjang hayat tetapi mengikut masa tertentu.

Sementara itu, ADUN Beting Maro Razaili Gapor menjelaskan pihaknya akan berusaha menyediakan Kompleks kesejahteraan komuniti di Beladin dalam usaha membantu membangunkan modal insan sekali gus memajukan kawasan itu.

Katanya, pelbagai program kebajikan telah disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat membuktikan Kerajaan sentiasa peka terhadap masalah rakyat.

Seramai 100 orang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi kawasan Beladin mendapat sumbangan pada majlis itu di mana mereka menerima wang tunai bernilai RM100 serta hamper bernilai RM80.

Mereka yang tidak hadir akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing berjumlah RM100.

Untuk rekod, seramai 2056 orang penerima bantuan bagi Bahagian Betong menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 dengan jumlah keseluruhan sumbangan RM205,600. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia