PAKK dan JKM Agih 300 Bubur Lambuk Kepada Masyarakat

AHAD, 16 APRIL 2023

BINTULU: Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Bintulu dengan Kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu mengagihkan sebanyak 300 bubur lambuk kepada penduduk setempat.

Pengerusi PAKK Bintulu Janudin Abdul Rahman berkata aktiviti ni memang sinomin dan diadakan pada setiap tahun kecuali pada tahun 2020 dan 2021 susulan pandemik COVID-19 melanda negara.

Selain itu, Janudin turut memaklumkan beberapa program dan aktiviti bakal diadakan seperti Gawai Raya, Ceramah Jenayah Siber, Lawatan Ke Penjara Bintulu dan sukaneka bersama anak-anak yatim serta aktiviti lain.

Jelasnya, program seumpama ini akan dapat mengeratkan hubungan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu dan komuniti setempat.

Dalam pada itu, Pegawai JKM Bintulu Sharifah Modiah Syed Ali berharap dengan pendekatan seperti ini dapat memberikan implikasi yang positif di kalangan masyarakat untuk berkerja sama dalam menjalankan aktiviti yang lebih sihat.-EDISI UKAS

add comment