500 Bubur Manis diagihkan Kepada Orang Awam Sekitar Batu Danau

ISNIN, 17 APRIL 2023

LIMBANG: Sebanyak 500 bubur manis telah diagihkan kepada orang awam di jalan simpang Kampung Palas, Tedungan dan Medamit sempena meraikan sambutan Jubli Emas Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Batu Danau.

Setiausaha SABERKAS Cawangan Batu Danau, Jimmu Ngindang Bau berkata, aktiviti tersebut merupakan aktiviti tahunan pertubuhan tersebut bagi menyantuni umat Islam tempatan dengan berkongsi rezeki untuk berbuka puasa.

“Sambutan program didapati agak menggalakkan dengan proses agihan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

Selain itu, bubur manis Ramadhan ini juga turut diedarkan kepada enam buah Kampung Penduduk Islam di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Jelasnya, kerjasama baik antara ahli-ahli SABERKAS di peringkat unit turut memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pengagihan bubur manis tersebut.

Dalam pada itu, warga awam yang ditemui sempat menzahirkan penghargaan atas usaha SABERKAS Cawangan Batu Danau yang sentiasa memberi khidmat sosial kepada masyarakat setempat. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia