34 JKKK Di Tanjong Datu Terima Sumbangan MRP

SELASA, 18 APRIL 2023

LUNDU: Sebanyak 34 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Tanjong Datu telah menerima sumbangan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM122,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan telah menyampaikan sumbangan tersebut dalam satu majlis di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berharap sumbangan tersebut dapat memastikan pembangunan di kawasan kampung dapat dilaksanakan untuk keselesaan penduduk setempat.

Dalam majlis yang sama, beliau juga menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu daripada Badan Induk, Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Tanjong Datu yang beragama Islam.

Selepas itu, Azizul juga menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Kampung Sekambal di sini dan menjemput para hadirin ke rumah terbuka beliau pada 1 Mei ini di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu. – EDISI UKAS

add comment