JPBNS Siap Siaga Hadapi Musim Panas

JUMAAT, 21 APRIL 2023

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersiap siaga untuk menghadapi musim panas yang sedang melanda Sarawak pada masa kini.

JPBNS dalam satu kenyataan media pada Khamis memberitahu, Sarawak setakat ini mencatatkan sebanyak 23 titik panas dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) secara amnya masih pada tahap sederhana.

Jelas JPBNS, aecara keseluruhannya, agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Malaysia, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia, dan Pejabat Residen Bahagian telah menyatakan kesiapsiagaan dalam menghadapi musim panas di Sarawak.

Ini termasuk tambah JPBNS dari segi anggota yang terlibat, aset-aset dan peralatan yang diperlukan, serta pemantauan rapi melalui rondaan, penggunaan dron dan menara tinjau.

JPBNS menambah, di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi mencegah daripada berlakunya pembakaran secara terbuka adalah dengan menangguhkan pemberian permit kebakaran, mengeluarkan kompaun and notis amaran kepada pihak yang terlibat dengan pembakaran terbuka.

Justeru kata JPBNS, memandangkan musim panas boleh menjejaskan kesihatan akibat jerebu, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan mereka dengan mengurangkan aktiviti lasak di luar rumah, kerap minum air, menggunakan penutup hidung dan mulut bagi yang berisiko tinggi dan segera datang ke klinik jika keadaan penyakit bertambah teruk. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia