Premier Sarawak Teruskan Ziarah Rumah Terbuka Aidilfitri Hari Ke-3

ISNIN, 24 APRIL 2023

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan Ziarah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri hari ketiga dengan berkunjung ke kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Puan Sri Datin Amar Fatimah Iskandar di sini pada Isnin.

Ketibaan Premier Sarawak turut disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta dif-dif kenamaan yang lain.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, kaum serta latar belakang.

Lebih menarik, para pengunjung turut memperagakan baju Melayu dan kaju kurung pelbagai warna.

Selain itu, pengunjung yang hadir juga disajikan dengan pelbagai juadah raya antaranya laksa Sarawak, kek lapis Sarawak, ketupat, lemang, rendang dan lain-lain.

Dalam pada itu, Premier Sarawak turut dijangka berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi.

Beliau serta rombongan juga akan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Seterusnya, Premier Sarawak akan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Manakala pada sebelah petang, Premier Sarawak akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bersama Shell di Hotel Hilton Kuching.

Pada sebelah malam pula, beliau akan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ke kediaman Puan Sri Datuk Amar Jamilah Anu.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia