TYT & Premier Sarawak Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Shell Berhad

ISNIN, 24 APRIL 2023

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Shell Berhad di sebuah hotel di Kuching, pada Isnin.

Ketibaan beliau dan isteri kira-kira jam 4 petang disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Terdahulu, Premier Sarawak dan isteri yang tiba sekitar jam 3.35 petang tadi telah disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof. Dr Sim Kui Hian, Pengerusi Shell Malaysia, Siti Sulaiman dan tetamu kehormat yang lain.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah menteri dan timbalan menteri Sarawak.

Rata-rata para tetamu yang datang turut menikmati juadah ‘bufet’ makanan kegemaran tempatan seperti laksa Sarawak.

Majlis itu diadakan dengan suasana yang cukup meriah dan dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu Aidilfitri. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia