Mesyuarat bincang penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Beladin

JUMAAT, 28 APRIL 2023

BETONG: Pegawai Khas Pusat Khidmat Beting Maro, Awang Sarbini Gapor telah mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Beladin di Dewan Al Amin Beladin, Pusa pada Rabu. 

Perbincangan mesyuarat tersebut telah menetapkan tarikh Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Zon Beladin yang akan menghiburkan penduduk berkenaan pada 3 Mei 2023.

Dalam pada itu, mesyuarat membincangkan beberapa agenda antaranya penubuhan jawatankuasa kerja, penubuhan jawatan bawahan dan agihan tugas, penetapan tarikh program, tentatif perjalanan program dan lain-lain perkara.

Dijangka hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili dan Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli.

Hadir sama dalam mesyuarat itu adalah Pengerusi Masjid Al Amin Beladin, Pusa Zakaria Mo’s, Konselor Zon Beladin Cr. Rosli Uji, Penghulu Kampung Spinang, Semarang, Batang Maro Musa Zin, Wakil Pegawai Kesihatan Klinik Beladin, Pusa Mohd Azrol Sabian dan tetamu lain.-EDISI UKAS

add comment