SIDS Berperanan Penting Memperkasa Wanita Dayak

SABTU, 29 APRIL 2023

KUCHING: Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) berperanan penting memperkasa golongan wanita Dayak di negeri ini dalam pelbagai aspek.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, SIDS merupakan platform dalam membangunkan golongan wanita Dayak dari segi sosioekonomi, pendidikan, keusahawanan dan sebagainya.

“SIDS boleh memainkan peranannya dengan memantau wanita kita agar mengangkat peranan mereka dan seterusnya dapat menyumbang kepada ekonomi negeri ini.

“Selain itu, mereka juga boleh memacu negeri ini ke arah lebih baik bersama dengan kerajaan negeri,” katanya pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tiga Tahunan (TGM) SIDS di sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu.

Untuk rekod, SIDS ditubuhkan sekitar 1950an oleh sekumpulan wanita Iban yang berhijrah ke Kuching terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial dan profesion.

Antara misi utama SIDS ialah memperkukuh dan meningkatkan status wanita Dayak agar mereka boleh terlibat sama secara aktif dalam pembangunan negara.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Dato Gerald Rentap Jabu, ADUN Machan Allan Siden Gramong, ADUN Tamin Ir. Christopher Gira Sambang, ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom, Presiden SIDS merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Dato Alice Jawan Empaling, Tan Sri Empiang Jabu dan Pengerusi Penganjur Cynthia Maria Zehnder serta para peserta SIDS dari seluruh cawangan di Sarawak. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia