SABTU, 29 APRIL 2023
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkunjung ke kediaman Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Hussain sempena Aidilfitri hari kelapan pada Sabtu.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba kira-kira jam 7.22 malam.
Ketibaan mereka disambut mesra oleh Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz dan isteri Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz serta keluarga.
Selain itu, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan dan mereka disajikan dengan pelbagai jenis juadah makanan.-EDISI UKAS