Perpaduan & Toleransi Masyarakat Sarawak Jadi Kebanggaan

ISNIN, 1 MEI 2023

MIRI: Perpaduan dan toleransi yang diamalkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini merupakan kekuatan yang harus dibanggakan. 

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin memberitahu, masyarakat Sarawak dapat saling bergaul dan bermesra tanpa mengira perbezaan latar belakang masing-masing. 

Menurutnya, kekuatan ini harus dikekalkan dan diperkukuh sepanjang masa agar Sarawak sentiasa menjadi contoh buat Malaysia dan juga seluruh dunia. 

“Kita boleh menunjukkan bahawa masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bukan satu cabaran yang besar. 

“Sekiranya kita dapat hidup bersatu padu secara harmoni, itu menjadi satu kekuatan dan kelebihan. Ini yang hendak kita tunjukkan,” katanya dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Melayu Miri (PMM) di Bangunan PMM di sini pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu turut memberi contoh nilai toleransi yang diamalkan antara pihak masjid dan gereja yang dibina bersebelahan di kawasan Lutong. 

“Apabila saya menziarahi masjid tersebut di Lutong, jawatankuasanya meminta saya membantu untuk mendirikan satu pintu di pagar antara kedua-dua bangunan supaya memudahkan penganut gereja ke tempat parkir. 

“Jadi ini menunjukkan bahawa kita begitu prihatin dan saling menghormati sesama diri,” ujarnya lagi. 

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian hadiah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada tujuh penerima selain simbolik pelancaran Perayaan Ulang Tahun Ke-65 PMM yang akan diadakan dari April 2023 hingga Mac 2024. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat, ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, Yang Dipertua PMM Radzali Alision dan Temenggong Datuk Abdul Rahman Fadzail. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia