ISNIN, 1 MEI 2023
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meneruskan suasana muhibah sempena bulan Syawal dengan menziarahi rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri kenalan beliau, Alhadi Ibrahim.
Beliau serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba di kediaman tersebut di Jalan Bako, Demak Baru, Kuching sekitar jam 11 pagi pada Isnin.
Sejurus tiba, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari serta isteri disambut mesra oleh Alhadi dan isteri, Siti Mariam Hassan serta keluarga.
Sementara itu, Alhadi juga berkesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama tetamu jemputan lain termasuk wakil media.
Para jemputan turut disajikan dengan pelbagai juadah seperti sate, tempeh, kambing golek dan juga ais batu campur. -EDISI UKAS