Gawai Dayak Bazaar Kembali Dianjurkan Di Miri

RABU, 3 MEI 2023

MIRI: Gawai Dayak Bazaar (GDB) anjuran Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) kembali lagi dan dianjurkan semula di tapak yang sama iaitu kawasan tempat parkir kereta di Bandar Baru Permyjaya, Miri.

Pengerusi GADS David Upe menerusi kenyataan media berkata, GDB 2023 membuka tirai bermula 1 Mei hingga 20 Mei dan beroperasi dari jam 3 petang hingga 11.30 malam setiap hari sepanjang penganjurannya.

“Tahun ini sebanyak 62 kanopi didirikan yang membabitkan 124 gerai menjual makanan dan minuman, kraftangan, barangan dan pakaian.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 kanopi dengan 34 gerai, menjual barangan bukan makanan dan minuman,” jelas David.

Terdahulu beliau mengadakan taklimat akhir dengan semua peniaga yang mengambil bahagian dalam GDB 2023 ini.

“Saya juga memberi jaminan kepada orang ramai yang datang bahawa semua peserta gerai menjual makanan dan minuman yang mengambil bahagian dalam GDB 2023 ini, sudahpun mengikuti kursus pengendalian makanan dan diberi suntikan vaksin typhoid.

“Justeru orang ramai tidak perlu berasa khuatir terhadap aspek keselamatan dalam pengendalian makanan ini,” tambahnya sambil menyeru orang ramai untuk sama-sama datang memeriahkan dan menyokong GDB 2023 ini.

Di samping itu, pelbagai aktiviti sampingan telah disusun oleh jawatankuasa penganjur kali ini termasuk acara karaoke yang sentiasa mendapat sambutan hangat setiap tahun iaitu ‘Sada GDB 2023’ selain persembahan pentas dan kebudayaan serta pertandingan sape dan banyak lagi.

Majlis pembukaan GDB 2023 akan diadakan pada 6 Mei dan dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II, Datuk Snowdan Lawan. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia