47 Penerima Insentif Tadarus Al-Quran Di Sadong Jaya Diraikan

JUMAAT, 5 MEI 2023

SADONG JAYA: Seramai 47 orang penerima insentif Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang lalu diraikan dalam majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Pelandok Ulu di sini pada Khamis. 

Kesemua 47 orang penerima itu terbahagi kepada 28 orang kanak- kanak dari sekolah rendah, manakala 19 orang pula terdiri dari orang dewasa yang terlibat dalam program tadarus Ramadan lepas.

Majlis sambutan ramah tamah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo.

Semasa berucap, beliau merakamkan penghargaan semua yang terlibat dalam melaksanakan projek yang memberi manfaat untuk penduduk kampung. 

“Setiap projek yang dijalankan oleh di kampung dilaksanakan dengan baik dan teratur. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang sentiasa peka dengan projek-projek di kawasan dan sentiasa memantau projek supaya tidak berlaku kelewatan dan ketirisan,” katanya. 

Dalam majlis sama, Aidel Lariwoo telah meluluskan peruntukan untuk persatuan imam- imam di Sadong Jaya dan Persatuan Warisan dan Kebudayaan Bugis masing-masing menerima RM15,000.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia