JUMAAT, 5 MEI 2023
BINTULU: Satu acara perlawanan persahabatan antara Kelab Futsal Kenyalang Bintulu (KFKB) dan New Village Futsal Club bersama Persatuan Futsal Australia (AFA) U12 di Kenyalang Futsal Excellence Centre di sini pada Rabu.
KFKB dalam satu kenyataan berkata, perlawanan tersebut bertujuan untuk memupuk jalinan semangat kesukanan merentasi budaya antara pemain kedua-dua pasukan selain memberi peluang kepada pemain akar umbi tempatan untuk bersaing dengan pasukan antarabangsa.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu telah hadir ke perlawanan tersebut serta merasmikan Majlis Pelancaran KFKB Junior, sebuah pasukan baharu untuk pemain di bawah umur 12 tahun.
Junior bertindak sebagai platform untuk mengetengahkan dan memupuk bakat pemain amatur yang bermula daripada akar umbi.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu telah hadir merasmikan Majlis Pelancaran Kelab Futsal Kenyalang Bintulu (KFKB) Junior, sebuah pasukan baharu untuk pemain di bawah umur 12 tahun pada Rabu.
Sebelum ini, KFKB telah membentuk sebuah pasukan elit yang terdiri daripada 20 pemain kontrak dan dua jurulatih yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kejohanan dan mencapai keputusan memuaskan dengan berada di tangga tiga teratas.
Justeru itu, pasukan tersebut diharap dapat menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada pemain amatur untuk berusaha ke arah kecemerlangan dan mencapai potensi penuh masing-masing.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong Kai Seng, Presiden KFKB Jacky Yong dan Presiden AFA Alistair Miller. -EDISI UKAS