Projek Bina Baru Dewan SK Pangtray Diluluskan

AHAD, 7 MEI 2023

DARO: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pangtray kini boleh tersenyum selepas projek pembinaan baru dewan sekolah berkenaan telah diluluskan.

Perkara itu diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Penduduk Kampung Pangtray, Daro pada Sabtu di mana projek berkenaan akan dilaksanakan pada tahun ini.

Selain itu, Safiee turut mengumumkan projek menaiktaraf Jalan Kampung Pangtray yang juga akan dilaksanakan pada tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Safiee menyatakan semangat ukhwah dan bermasyarakat dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat melalui penganjuran majlis seperti itu.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada JKP Masjid Kampung Pangtray untuk program serta aktiviti pengimarahan masjid.

Selain itu, beliau turut mengumumkan sumbangan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pangtray, PPWS Pangtray, KRT Pangtray, PIBG SK Pangtray dan Unit Nelayan Kecil Pangtray untuk menjalankan aktiviti tahunan berjumlah keseluruhan RM33,000.

Pada sebelah petang, Safiee berkesempatan menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1444H/ 2023M peringkat Kampung Itol, Daro.

Pada majlis sama, beliau menyampaikan sumbangan RM4,000 kepada JKP Surau Darul Makmur dan RM4,000 kepada JKP Surau Kampung Itol untuk aktiviti-aktiviti pengimarahan surau.

Beliau turut mengumumkan sumbangan kepada JKKK Kampung Itol dan KRT Itol berjumlah keseluruhan berjumlah RM12,000. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia