ISNIN, 8 MEI 2023
BETONG: Program Pekit Kumang Gawai menyaksikan seramai 22 peserta berentap dalam peringkat saringan untuk merebut Mahkota Kumang Gawai Betong 2023 pada Majlis Makan Makan Malam Gawai Betong pada 20 Mei ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu turut berkesempatan meninjau perkembangan Pekit Kumang tersebut dalam siri lawatan santai bagi mendekati rakyat terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar.
Selain itu, Dato Gerald turut berkunjung ke Pasar Tamu Betong bagi menyantuni para peniaga dan pengunjung disitu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar itu kemudiannya mengunjungi rumah panjang Macmillan, Rian Batang Betong bagi memenuhi undangan Program Santai Merarau bersama penduduk setempat.
Turut hadir Pemancha Masyarakat Iban Daerah Betong, Pemancha Norman Ngumbang dan Tuai Rumah Panjang Rian Batang TR Macmillan Raymond.-EDISI UKAS