Pemberian Geran MRP Bukti Keprihatinan Kerajaan GPS

ISNIN, 8 MEI 2023

KAPIT: Pemberian geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bukti keprihatinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

Timbalan Menteri Di Jambatan Premier Sarawak (Undang-undang Dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat berkata menjadi dasar kerajaan Sarawak dalam memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini sentiasa terpelihara.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek (MRP) di Pusat Khidmat ADUN Bukit Goram pada Isnin.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram itu berharap penerima menggunakan geran tersebut dengan sebaiknya.

Sebanyak 28 penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang, badan bukan kerajaan, kelab-kelab sukan serta kelab-kelab jabatan menerima cek geran tersebut yang berjumlah keseluruhan RM286,050. – EDISI UKAS

add comment