Kerajaan GPS komited membantu rakyat Sarawak

RABU, 10 MEI 2023

MIRI: Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam membantu dan menjaga kepentingan rakyat negeri ini dengan melaksanakan pelbagai pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya dan sebagainya.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, antara pembangunan yang sedang dilaksanakan adalah Lebuh Raya Pesisir Utara atau Northern Coastal Highway (NCH) yang bermula dari Miri sehingga Sungai Tujoh di Brunei. 

“Saya juga telah ke Brunei untuk bertemu dengan pihak kerajaan di sana untuk memaklumkan yang pihak kerajaan Sarawak bakal meneruskan Jalan Pan Borneo yang diabaikan oleh kerajaan terdahulu di bawah projek NCH yang melalui Brunei, Lawas, Limbang dan berakhir di Sabah.

“Pembinaan Sarawak Link Road juga dalam fasa pertama dari Simpang Gelugus hingga Long Lopeng di Lawas dan bakal diteruskan lagi dari Limbang ke Miri tanpa melalui negara Brunei dengan jalan tersebut bakal digabungkan dengan NCH termasuk di sempadan Indonesia,” ujarnya dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Anak Jati Lawas di Miri pada Selasa. 

Dalam pada itu, kerajaan Sarawak turut meningkatkan pembangunan di kawasan Limbang dan Lawas dengan fokus utama terhadap penyediaan perkhidmatan rawatan. 

“Hospital Lawas dalam pembinaan buat masa sekarang dan klinik Lawas pula hampir siap manakala Hospital Limbang bakal dipertingkatkan supaya mempunyai doktor-doktor pakar di sana,” ujarnya.

Selain itu katanya, Kerajaan juga komited dalam menyediakan sambungan bekalan elektrik di Lawas dan Limbang.

“Menjelang 2024, bekalan elektrik di Lawas dan Limbang bakal disambungkan ke ‘state grid’ wilayah Sarawak,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, beliau juga memaklumkan mengenai usaha kerajaan Sarawak membelanjakan sebanyak RM6.7 billion untuk membantu rakyat negeri ini melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan bakal diteruskan lagi sehingga bulan Jun tahun ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr. Ripin Lamat dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat merangkap ADUN Bekenu Datuk Rosey Yunus. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia