Kerajaan Sarawak Komited Laksana Strategi Dalam Mempromosikan Produk Bernilai Tinggi Termasuk Kayu Kejuruteraan

AHAD, 14 MEI 2023

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk melaksanakan strategi transformasinya dalam mempromosikan produk bernilai tinggi termasuk kayu kejuruteraan dengan menggunakan bahan mentah daripada hasil hutan yang ditanam.

Menurut Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 untuk memastikan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Dalam pada itu, PUSAKA menggalakkan penggunaan kayu kejuruteraan dalam pembinaan perumahan dan bangunan di Sarawak bagi menyokong inisiatif kerajaan negeri untuk menggalakkan pembangunan hijau, pelestarian alam sekitar dan penyimpanan karbon.

Oleh itu katanya, satu Persidangan Antarabangsa Mengenai Kayu Kejuruteraan Sarawak 2023 akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 16 hingga 17 Mei ini.

“Ia bertujuan untuk mengetengahkan faedah dan nilai potensi produk kayu kejuruteraan yang masih belum diterokai sepenuhnya untuk meningkatkan ekonomi Sarawak selain berkongsi dasar, perundangan, piawaian dan pencapaian oleh penceramah dari dalam mahupun luar negara.

“Para penceramah persidangan itu kelak terdiri daripada golongan profesional dalam pembinaan kayu kejuruteraan, seni bina, jurutera struktur, penyelidik dan ahli akademik yang turut bersama-sama berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka dalam menghasil serta menggunakan kayu kejuruteraan disamping membantu mempromosikan industri ini di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Jelasnya lagi, persidangan yang berlangsung dua hari itu bakal memaparkan pelbagai pengisian topik seperti PUSAKA Memacu Kelestarian untuk Industri Kayu; Pembinaan Kayu Zaman Baru; Kayu Kejuruteraan Massa dan Kejuruteraan Kebakaran; Pengalaman, Perkembangan Terkini dan Masa Depan dalam Struktur Kayu Massa di Malaysia; Perspektif Kawal Selia mengenai Reka Bentuk Berasaskan Prestasi; Kebolehpercayaan Kayu Kejuruteraan; Peluang untuk Kayu dalam Sektor Berbeza dan Cara Memikirkan Kayu untuk Struktur Bangunan; Kayu Kejuruteraan Massa di Singapura termasuk Kajian Kes Selatan Bangunan Akademik NTU; Cabaran yang dihadapi oleh Perladangan Kayu Perindustrian dan Perspektif Kelestarian Industri Hutan Tanam di Sarawak. –EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia