KHAMIS, 18 MEI 2023
KUCHING: Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Kuching pada pagi Khamis untuk lawatan kerja singkat.
Ketibaan beliau menggunakan pesawat khas pada jam 10.20 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Sejurus selepas itu, Perdana Menteri bertolak ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi menyempurnakan perasmian Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i 2023.
Manakala isteri beliau Dato’ Seri Wan Azizah dijadual melawat ke Juma’ani Pavillion, Kuching.
Dalam pada itu, Perdana Menteri dan isteri dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 1 petang nanti. –EDISI UKAS