Sarawak Berpotensi Jadi Perintis Ekonomi Hidrogen Hijau Di Rantau Asia Pasifik

KHAMIS, 18 MEI 2023

KUCHING: Sarawak berpotensi untuk menerajui ekonomi hidrogen di rantau Asia Pasifik dan menjadi yang pertama membangunkan ekonomi hidrogen hijau melalui Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni, persidangan ini bersedia untuk menjadi detik penting dalam mengejar landskap tenaga yang lebih hijau dan lebih mampan.

“Ia akan berfungsi sebagai platform dan pemboleh yang kondusif untuk perkongsian kerajaan-pelabur dan sektor kerajaan-swasta untuk faedah bersama,” tambahnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media APGH 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Khamis.

Dr Hazland menambah, usaha ini bukan sahaja akan menarik syarikat multinasional untuk melabur dalam teknologi hidrogen hijau tetapi juga memberi manfaat besar kepada industri pelancongan Sarawak, mewujudkan banyak ‘spin-off’ ekonomi dan mendapat publisiti di seluruh dunia.

Ujarnya, APGH 2024 akan menjadi pemacu perubahan untuk industri hidrogen, menghimpunkan pemegang kepentingan utama, memupuk perkongsian dan memangkin pertumbuhan ekonomi hidrogen yang mampan dan makmur di rantau Asia Pasifik.

Menurut beliau, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyatakan bahawa Sarawak dijangka menghasilkan 200,000 tan hidrogen hijau menjelang 2025 dan 2026 melalui kerjasama dengan syarikat asing yang melabur dalam sektor itu.

Tambahnya, menjelang 2030, Sarawak akan bersedia sepenuhnya untuk peralihan tenaga, yang merupakan kunci kepada masa depan negeri ini. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia