AHAD, 21 MEI 2023
KUCHING: Rakyat Malaysia seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai aset negara yang paling utama untuk masa depan negara.
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah demikian semasa berkenan merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching di sini pada Ahad.
Menurut baginda, aspek kedua yang perlu ditekankan adalah rakyat Malaysia seharusnya mengurangkan perbezaan di antara sesama sendiri dan merapatkan jurang di antara kaum dan bangsa yang ada di negara ini.
“Aspek ketiga pula adalah perpaduan bermula dari rumah iaitu seperti pepatah Inggeris, ‘unity begins at home’,” titah baginda.
Turut hadir dalam progam tersebut ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri-menteri Kabinet Persekutuan serta Sarawak, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu-tetamu kehormat lain.-EDISI UKAS