AHAD, 21 MEI 2023
KUCHING: Penyertaan Pemakaian Busana Etnik Teramai Dalam Satu Acara dan Penyertaan Kumpulan Etnik Terbanyak Dalam Pameran Kebudayaan sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023 berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records pada Ahad.
Sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records telah dianugerahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan disampaikan kepada Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang oleh Siti Nurhanim Mohd Noh, Research Analyst, Malaysia Book of Records dan Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi Accounts Executive, Malaysia Book of Records.
Program Pemakaian Busana Etnik Teramai ini telah menerima penyertaan daripada murid-murid prasekolah, pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan orang awam dari pelbagai agensi.
Seramai 2,471 telah direkodkan bagi penyertaan pada program kali ini, antara pakaian yang telah diperagakan untuk cabaran ini ialah pakaian tradisional Melayu dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia (seperti Puteri Perak, Kebaya Nyoya, Melayu India, Melayu Johor, Negeri Sembilan, Kebaya Perlis, Melayu Kelantan, Bugis)
Seterusnya, pakaian kaum Cina termasuklah pakaian cheongsam, samfoo, changsan dan baba-nyonya, pakaian kaum India termasuk sari, lehenga choli, salwar kameez (punjabi suit), anarkali, kurta, dhoti, dan sherwani, jippa, kaili, pakaian Kkaum Serani (seperti Portugis) (v) Pakaian Orang Asli Semenanjung – Mah Meri.
Selanjutnya pula pakaian etnik Sarawak meliputi Jati Miriek, Lun Bawang, Kedayan, Iban, Salako Rara, Melanau, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kajang, Orang Ulu, Ngajat, Punan, Vaie, Ulu Kelabit, Serian, Keringkam.
Tidak ketinggalan pakaian etnik Sabah meliputi Kadazan, Murut dan Bajau.
Sementara itu, sebanyak 17 penyertaan bagi kumpulan etnik di Pameran Rumah Etnik menjadi penyertaan etnik terbanyak bagi pameran kebudayaan yang pernah diadakan di Malaysia.
Kumpulan etnik terlibat dalam pameran ini adalah seperti Melayu, Melanau, Kayan, Kenyah, Kajang, Cina, Iban, Lunbawang, Bidayuh, Kedayan, India, Bugis, Vaie, Salako Rara, Jatti Miriek, Kadazan Dusun Murut Rungus, Orang Asli Mah Meri.
Dalam pada itu, penciptaan Malaysia Book of Records bagi kedua-dua kategori ini bukan hanya sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan malah program ini jelas membuktikan keakraban, keharmonian dan jalinan perpaduan yang sangat utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
“Inilah yang dinamakan erti perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya ringkas. -EDISI UKAS