SADA Komited Pacu Pembangunan Sri Aman

AHAD, 21 MEI 2023

SRI AMAN: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) komited memacu pembangunan di Sri Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor memberitahu, SADA merupakan pemangkin kepada pembangunan Sri Aman di mana pelan strategik yang telah diusahakan akan melonjakkan kawasan tersebut.

Menurutnya, pengamal media juga harus mempromosikan SADA agar segala perancangan pembangunan dapat disampaikan ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Pra Gawai SADA 2023 di sini pada Ahad.

Selain itu, Dayang Noorazah menjelaskan bahawa sesi dialog telah diadakan oleh pihak SADA dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Sri Aman bagi menjelaskan hala tuju dan pelan pembangunan.

Turut hadir ialah Pengerusi SADA Dato Sri Rohani Abdul Karim, Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Pegawai Tadbir Khas SADA Datu Indid Bangai dan Pegawai Daerah Sri Aman Bujang Sharif. -EDISI UKAS

add comment