URDA Percepat Pembangunan Di Ulu Sungai Rajang

AHAD, 21 MEI 2023

SONG: Penubuhan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) bukti komitmen Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan pembangunan di kawasan atas Sungai Rajang.

Menurut Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri’ Alexander Nanta Linggi, selain daripada pembangunan fizikal, URDA juga mempunyai perancangan pembangunan sosio ekonomi rakyat di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Ketua Kaum Dan Ketua Masyarakat (KMKK) dan rakyat di kawasan Kapit yang mempunyai kemahiran agar bersama-sama menyumbang cadangan untuk dibawa ke peringkat tertinggi.

Katanya, beliau dan ADUN Katibas Lidam Assan sama-sama mempunyai peruntukan dan akan bekerjasama dalam mengagihkan peruntukan secara adil supaya semua rakyat menikmatinya.

Dato Sri’ Alexander berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) & Insentif Pelajar Daerah Song di Balai Raya Song pada Sabtu.

Terdahulu, Lidam berkata beliau dan Ahli Parlimen Kapit memberi Geran MRP kepada semua secara sama rata tanpa mengira latar politik.

Justeru, beliau menyeru supaya semua rakyat Katibas bersatu dan tidak terpedaya dengan fitnah di media sosial.

Sejurus selepas itu, Dato Sri’ Alexander, Lidam serta tetamu lain meninjau progres Projek Sekolah Daif di SK Temalat.

Mereka kemudiannya meninjau projek naik taraf jalan Rumah Kanching yang telah siap sepenuhnya dan melawat Projek Naik Taraf Jalan Rumah Panjang Kideng yang telah siap dan pembinaan beranda rumah.

Pada sebelah malam pula, Dato’ Sri Alexander hadir bagi menyempurnakan Majlis Mantar Gawai Dayak 2023 bertempat di Dewan Suarah Kapit.

Turut hadir Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas Sabah/Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat serta ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Alexander mengenang jasa dan pengorbanan mantan Timbalan Ketua Menteri, mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr. James Masing dalam membawa pembangunan di kawasan Kapit.

Menyentuh mengenai sambutan itu, beliau memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid  Hamidi akan melawat Rumah Terbuka Gawai pada 3 Jun depan di Dewan Suarah Kapit dan kemudiannya melawat ke rumah Rumah Engking, Jalan Selirik.

Terdahulu, Datuk Wilson dalam ucapannya berkata Kapit kini menjadi tumpuan orang luar kerana jalan telah dihubungkan.

Justeru, beliau menyeru semua rakyat di situ untuk bekerjasama menguatkan lagi sokongan kepada kerajaan GPS untuk memajukan Kapit.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan insentif berjumlah keseluruhan RM5200 kepada 26 Pelajar Cemerlang SPM bahagian Kapit yang memperolehi keputusan 6A bagi tahun 2021.

Manakala seramai sembilan orang pelajar cemerlang STPM menerima insentif berjumlah keseluruhan RM2700.

Selain itu, turut disampaikan hadiah kepada pasukan yang memenangi pertandingan badminton tertutup SADIA Kapit 2023 dengan johan dimenangi Pasukan Yong, tempat kedua Pasukan Mujong dan Tempat Ketiga Bersama Pasukan Pelagus dan Menuan. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia