75 Pusat Komuniti Digital Tambahan Diluluskan

ISNIN, 22 MEI 2023

KUCHING: Sebanyak 75 Pusat Komuniti Digital (DCC) tambahan telah dilulus untuk ditubuhkan di negeri ini.

Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, sehingga kini, terdapat 45 DCC di seluruh Sarawak dalam usaha memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam arus transformasi ekonomi digital.

Jelasnya, usaha tersebut juga bagi memupuk kemahiran dan kebolehan masyarakat luar bandar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“DCC adalah sebahagian daripada inisiatif ekonomi digital Sarawak dalam membangunkan bakat digital dengan memanfaatkan perpustakaan tempatan sedia ada melalui program latihan digital untuk komuniti setempat.

“Ini agar dapat membantu melatih dan mengasah kemahiran baharu yang diperlukan dalam pendidikan dan pekerjaan,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada Isnin.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2020 sehingga Mac 2023 sebanyak 3,885 program telah dilaksanakan oleh DCC dengan jumlah penyertaan seramai 97,442 orang termasuk 3,032 peniaga tempatan.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia