Bantuan Kerajaan Persekutuan Diperlukan Untuk Capai Liputan Bekalan Air Terawat Seluruh Sarawak

ISNIN, 22 MEI 2023

KUCHING: Usaha Kerajaan Sarawak untuk mencapai liputan bekalan air terawat di seluruh negeri menjelang 2030 mampu direalisasikan dengan bantuan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM4 bilion bagi matlamat itu.

“Kita memerlukan lebih daripada RM19 bilion untuk melaksanakan bekalan air terawat di Sarawak. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kita memerlukan lebih daripada RM5 bilion yang mampu kita laksanakan dalam kadar segera. 

“Kita memerlukan lebih peruntukan untuk mengemukan pelan. Jadi kita minta supaya Kerajaan Persekutuan memberi bantuan peruntukan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi ucapan penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada Isnin.

Jelasnya lagi, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi dan tidak hanya bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan negeri bagi mengatasi isu tersebut.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia