22 MEI 2023
MIRI: Talian Gas Petronas Sabah Sarawak (SSGP) dan Pejabat Daerah Marudi telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di sini pada Jumaat bagi meraikan kerjasama antara dua pihak dalam melaksanakan kerja penyelidikan dan pembangunan di daerah tersebut.
Pegawai Daerah Marudi Belayong Pok telah menzahirkan penghargaan kepada pihak SSGP di atas usaha organisasi tersebut dalam meneruskan kerjasama dengan agensi kerajaan di Marudi bagi isu-isu yang berkaitan dengan tanah, pampasan dan alam sekitar.
Dalam pada itu, Pengurus Operasi Sarawak PERONAS SSGP Hazli Kipli berkata majlis seumpama ini telah diadakan sejak tahun 2014 dengan tujuan memberi penghargaan ke atas sokongan agensi kerajaan dan juga masyarakat setempat.
Turut berlangsung penyerahan sumbangan berupa hamper dan wang tunai dari pihak SGGP kepada 10 penerima yang bernaung di bawah Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Baram. –EDISI UKAS