JUMAAT, 26 MEI 2023
BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyokong Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah penggunaan sifar plastik 2018-2030.
Pengurus Besar BDA, Datu Muhammad Yakup Kari berkata, BDA melihat inisiatif tersebut sebagai komprehensif dan perlu mendapat kerjasama ramai.
“Oleh demikian, satu tindakan perlu diambil bagi membimbing orang ramai agar lebih berhemah dalam penggunaan beg plastik,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik di sini pada Khamis.
Beliau juga menambah sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan, BDA berusaha dalam mencapai status sebagai sebuah bandar rendah karbon.
Turut hadir Timbalan Pengurus Besar BDA Abdul Rahim Abdullah, Penolong Pengurus Besar Perkhidmatan Teknikal BDA King Siew Wen, dan Setiausaha BDA Wan Ibrahim Wan Ali serta yang lain. –EDISI UKAS