26 MEI 2023
TATAU: Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Kempen Kesedaran Menangani Isu Dadah dan Substan sempena Hari Gawai 2023 di Tatau mendapat sambutan yang menggalakkan pada Khamis.
Pegawai Tadbir Daerah Tatau, Winnie Dian berkata, ia bertujuan untuk memberi pengetahuan terhadap isu- isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan juga tanggungjawab pemandu dan pengguna jalan raya.
Katanya, antara pengisian program tersebut ialah ceramah dari wakil Bahagian Siasatan Jenayah dari IPD Tatau Inspektor Abdul Aziz dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan JPJ Bintulu, Lian Anyi.
“Jadi, kita berharap kesedaran orang ramai akan meningkat selepas mendengar ceramah mengenai kedua-dua kempen ini,” katanya.
Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau, Norina Empina Salamin dan Raden Azamry Perhan -EDISI UKAS