NREB Anjur Majlis Bersama Controller, Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri serta Pra Gawai 2023

AHAD, 28 MEI 2023

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah menganjurkan Majlis Bersama Controller dan Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri serta Pra Gawai 2023 di sini pada Khamis.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Sumber Asli merangkap Timbalan Pengerusi NREB Datuk Len Talif Salleh telah menyempurnakan majlis tersebut.

Seramai 140 orang terdiri daripada kakitangan NREB dari Kuching, Bintulu, Sibu, Mukah, Betong, Miri dan Limbang telah hadir meriahkan majlis itu.

Majlis itu bertujuan menguatkan hubungan antara sama satu lain di samping meluahkan rasa syukur dalam menghormati kepelbagaian budaya yang ada.

Antara pengisian menarik termasuk simbolik membelah lemang yang diketuai oleh Datuk Len sendiri, pertandingan nyanyian terbaik, cabutan bertuah dan penghargaan kepada kakitangan yang akan bersara.

Turut hadir ialah Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Hairani Mohamad Ismail dan wakil Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Rusmaliza Mat Darus. -EDISI UKAS

add comment