Ahli Parlimen Santubong Serah Geran MRP Kepada 23 NGO, JKKK & Agensi Kerajaan

ISNIN, 29 MEI 2023

LUNDU: Sebanyak 23 Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan agensi kerajaan telah menerima geran projek kecil luar bandar (MRP).

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Dato Sri Nancy Shukri di Lundu pada Ahad. 

Peruntukan MRP yang berjumlah keseluruhan RM186,000 itu bertujuan untuk mereka mengadakan aktiviti tahunan atau penambahbaik fasiliti yang diperlukan. 

Semasa berucap, Dato Sri Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong menggesa agar mana-mana pertubuhan atau JKKK yang masih belum mendapat dana MRP pada tahun ini untuk menghantar permohonan dengan kadar segera khususnya bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam kampung. 

Dalam pada itu, beliau sempat mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada yang meraikannya.-EDISI UKAS 

add comment