Austria Sedia Bantu Sarawak Dalam Sektor Pertanian

ISNIN, 29 MEI 2023

KUCHING: Austria bersedia untuk berkongsi pengetahuan serta teknologi dengan Sarawak untuk bekerjasama membangun sektor pertanian negeri itu. 

Duta Besar Austria ke Malaysia, Andreas Launer berkata, Austria mempunyai teknologi perladangan serta pertanian terkini yang mengutamakan aspek mampan.

Dalam pada itu, beliau juga menjemput Dato Sri Dr Stephen Rundi untuk ke Austria bagi menjayakan kerjasama itu. 

“Saya fikir kita boleh menyumbang kepada pembangunan Sarawak dan saya fikir kerajaan Sarawak mempunyai rancangan yang baik untuk masa depan dan kami berbesar hati untuk membantu dalam perjalanan ke itu. Austria mempunyai teknologi dalam bidang perladangan pintar, pertanian mampan dan pertanian organik.

“Kami berbesar hati untuk berkongsi pengalaman kami dengan Sarawak, kerjasama antarabangsa penting untuk bergerak maju bersama-sama dan oleh itu saya ingin menjemput Dato Sri Dr Stephen Rundi ke Austria untuk belajar dan bersama berkongsi maklumat dan pengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di Dewan Undangan Negeri (DUN) Petra Jaya, di sini pada Isnin. 

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pegawai Ekonomi Reinhart Zimmermann, wakil Syarikat Andritz Hydro Michael Oggie, wakil Syarikat INNIO Jenbacher Nicholas Leong, wakil Syarikat Pessl Instruments Vishnu Nair, wakil Syarikat Aqua Engineering Friedrich Oberbucher dan wakil Syarikat Vamed Robert Burger.-EDISI UKAS

add comment