Kawasan Lassa Tidak Ketinggalan Menikmati Arus Pembangunan

29 MEI 2023

SIBU: Kawasan Lassa di sini tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang telah dilaksanakan mahupun dalam perancangan kerajaan negeri.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad, kawasan itu cuma dihubungkan dengan pengangkutan air tetapi sekarang ia boleh dihubungkan menggunakan jalan darat walaupun masih melalui jalan ladang.

“Apa yang kita dapat lihat juga ialah bekalan elektrik yang mana projeknya dalam pelaksanaan di mana kita sudah melihat tiang-tiang elektrik sudah di pasang,” katanya ketika ditemubual Unit Komunikasi Awam Sarawak semasa Program Ziarah UKAS di Dewan Masyarakat Batang Lassa, Sibu pada Sabtu.

Katanya, Kerajaan Sarawak melalui kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dilihat begitu mementingkan pembangunan di kawasan luar bandar.

Program Ziarah UKAS (Ngabang Gawai) anjuran bersama UKAS dan Pusat Khidmat N.43 Daro bagi rumah-rumah panjang di kawasan Nanga Lassa, Sibu turut dihadiri oleh Tuai-tuai rumah dari Sungai Serban Daro, Sungai Lengan Singat, Sebinjai, Sibu dan Batang Lassa Matu.

Pada majlis sama, Safiee turut merasmikan Dewan Terbuka Nanga Lassa, menyampaikan sumbangan geran kepada 26 JKKK & PIBG berjumlah RM141,000 serta menyampaikan sumbangan kerusi plastik dan meja oleh Pusat Khidmat N.43 Daro dan UKAS.

Turut hadir Pegawai Daerah Sibu Khalid Andong, Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan & Pembangunan Komuniti UKAS Geoferry Baja, Wakil Jurutera JKR Sibu Safuan Kamil, Ketua Masyarakat & ketua-ketua kaum. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia