Kerjasama Rakyat, Kakitangan Kerajaan & Pemimpin Penting Untuk Pembangunan

ISNIN, 29 MEI 2023

KATIBAS: Kerjasama di antara rakyat, kakitangan kerajaan dan pemimpin penting untuk pembangunan dan kemajuan yang berterusan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan, kerjasama ini penting untuk pembangunan yang sama seperti daerah-daerah yang telah meningkat naik.

“Kita tidak ada masa berlengah lagi dengan isu yang tidak menguntungkan kita kerana kita mengejar masa untuk membangun sama seperti daerah-daerah yang lain,” katanya dalam Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Ngabang Gawai Daerah Song 2023 pada Sabtu.

Tambahnya, beliau berharap semua lapisan masyarakat bekerjasama dengan beliau dan menjalankan tanggungjawab masing-masing agar beliau dapat mentadbir dan memajukan Katibas.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru supaya masyarakat tidak terpedaya dengan hasutan di media sosial, sekiranya ada masalah atau aduan terhadap mana-mana agensi.

“Kita haruslah merujuk kepada agensi tersebut untuk menyelesaikan masalah dan bukannya terus memviralkan masalah tersebut di media sosial sebaliknya harus membuat aduan di saluran yang betul,” katanya – EDISI UKAS

add comment