SUPP Sedia Berkhidmat, Pacu Kemajuan Komuniti

ISNIN, 29 MEI 2023

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sentiasa sedia berkhidmat untuk rakyat demi memacukan kemajuan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata bahawa semua pihak harus menikmati manfaat pembangunan sosial maka infrastruktur perlu terus ditambah baik selaras dengan taraf pendidikan serta kepelbagaian ekonomi.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Pusat Khidmat SUPP Cawangan Pujut di sini pada Ahad.

Katanya, perasmian ikonik tersebut akan menjadi titik permulaan baharu bagi cawangan Pujust dalam meneruskan usaha kolektif bagi menyalurkan khidmat bakti kepada rakyat.

Beliau menambah, masa depan yang lebih baik dapat dibina jika perpaduan, keberanian, dan kebijaksanaan dijadikan sebagai asas dalam tadbir urus.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian serta Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN Senadin Dato Sri Lee Kim Shin. –EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia