3,708 Menara Telekomunikasi Siap Dibina Di Sarawak

SELASA, 30 MEI 2023

KUCHING: Sebanyak 3,708 buah menara telekomunikasi telah siap dibina di seluruh Sarawak setakat ini. 

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, menara-menara tersebut telah dibina oleh pelbagai pihak termasuk oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) melalui inisiatif Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Jelasnya, menara itu juga adalah sebahagian dari 7,000 buah menara yang diperlukan Sarawak untuk mencapai liputan menyeluruh.

“Kedua-dua menara SMART dan JENDELA ini dirancang dan dibina untuk saling melengkapi antara satu sama lain di seluruh kawasan luar bandar Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Sementara itu, mengulas mengenai SMART, Datuk Julaihi berkata pembinaan menara di bawah inisiatif itu yang terdiri daripada pelbagai ketinggian dan reka bentuk berdepan dengan pelbagai cabaran.

Katanya, antara cabaran utama adalah kedudukan penempatan di kawasan luar bandar yang terpencil dan berselerak selain kawasan luar bandar yang kurang mendapat sambutan dari pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Keseluruhan menara SMART fasa pertama akan dijangka beroperasi sepenuhnya atau ‘on-air’ pada suku ketiga tahun ini. Pada masa yang sama, fasa kedua menara SMART yang juga melibatkan pembinaan 300 buah menara sedang giat dilaksanakan dalam pelbagai peringkat dan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2024,” ujar beliau.-EDISI UKAS 

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia