SELASA, 30 MEI 2023
KUCHING: International Energy Week (IEW) 2023 bakal membuka lebih banyak peluang untuk Sarawak bagi pelaburan dalam ekonomi hijau.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata IEW merupakan satu acara penting untuk MEESTY dalam berkongsi akan perihal peralihan tenaga.
“Pemimpin antarabangsa terkemuka turut dijadualkan hadir berkongsi mengenai pembangunan mampan dan membincangkan cabaran serta peluang terutama ekonomi hijau.
“Kalimantan merupakan contoh perkembangan yang menarik terutamanya dengan peralihan ibu negara Indonesia di Nusantara,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media IEW 2023 di sini pada Selasa.
Dr Hazland menambah, IEW juga bakal menjadi platform untuk industri kecil sederhana meneroka teknologi baharu yang boleh meningkatkan hasil pendapatan sambil menyumbang kepada pengurangan alam sekitar.
Dalam pada itu, sidang kemuncak IEW bakal membincangkan manfaat sumber tenaga mampan yang besar di Sarawak untuk memacukan pertumbuhan ke arah masa depan rendah karbon di rantau ini. –EDISI UKAS