RM850,000 Untuk Lapan Projek RTP Lingga & Seduku

RABU, 31 MEI 2023

LINGGA: Sebanyak RM850,000 telah diperuntuk melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2023 bagi kawasan Lingga ke Seduku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor telah membuat lawatan kerja untuk meninjau tapak projek RTP tersebut di sini pada Selasa.

Peruntukan tersebut melibatkan sebanyak lapan projek yang memerlukan kerja membina baharu, naik taraf dan membaik pulih.

Antaranya, projek membina baharu jalan konkrit Lorong Kampung Masjid Lingga, menaik taraf dataran, Masjid Lingga, gelanggang futsal, membina baharu stor Pejabat Daerah Lingga, membaik pulih Rumah Panjang Tanjung Aboi dan Rumah Panjang Anthony.

Di Seduku pula, ia melibatkan projek naik taraf gelanggang futsal Kampung Agropolitan Seduku Baru dan membina tempat letak kereta berbumbung di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku. -EDISI UKAS

add comment