10 Usahawan MINTRED Berjaya Kumpul Jualan Melebihi RM670,000 Di MIHAS 2023

SABTU, 16 SEPTEMBER 2023

KUALA LUMPUR: Seramai 10 usahawan yang telah dipilih oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) berjaya mengumpul hasil jualan melebihi RM670,000 di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023. 

Menurut kenyataan media dikeluarkan oleh MINTRED pada Sabtu, kementerian itu dengan kerjasama agensi kerajaan lain iaitu Craun Research Sdn Bhd, Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC) telah memilih 10 usahawan Sarawak yang terdiri daripada 9 usahawan makanan dan minuman dan seorang usahawan kraftangan untuk turut serta dalam MIHAS kali ke-19 ini. 

Kenyataan sama memberitahu, penyertaan kali ini telah berjaya mencapai jualan melebihi RM670,000 (jualan kontrak dan langsung) dengan mengetengahkan produk-produk tempatan seperti mi kolok segera, kopi Sarawak, coklat Sarawak, produk gula apong dan kraftangan Sarawak. 

Program yang telah berlangsung selama empat hari ini telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ekspo tahunan ini telah menempatkan pemain industri halal tempatan dan antarabangsa dalam industri makanan, farmaseutikal, kesihatan, kewangan, fesyen, kosmetik dan penjagaan diri, teknologi hijau, IT dan pelancongan mesra Muslim. 

Menariknya pada tahun ini, program anjuran Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Halal Development Corporation Berhad (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini dilaksanakan secara hybrid iaitu pameran fizikal dan virtual dan disertai oleh lebih 600 pempamer daripada 40 buah negara. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia