SABTU, 16 SEPTEMBER 2023
BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ding Kuong Hiing telah merasmikan Pertandingan Futsal Belia-belia Daerah Meradong sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 pada Sabtu.
Dalam ucapan beliau, Datuk Ding mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kelab Belia Bintangor bersama Persona Malaysia Dan Kelab Calvary Daerah Meradong kerana telah berjaya menganjurkan Pertandingan Futsal Belia-belia Daerah Meradong dengan berjaya sekali dan mendapat sambutan yang amat baik.
Katanya, pertandingan futsal diadakan sempena Sambutan Hari Malaysia juga amat bermakna sekali kerana dapat mengumpul ramai belia tanpa mengira bangsa, agama dan umur.
“Saya menyeru kepada belia-belia sentiasa mengamalkan sikap terbuka kerana sesuatu pertandingan ada adat kalah atau menang dan paling penting sentiasa mengamalkan semangat kesukanan dalam pasukan,” katanya
Difahamkan, pertandingan kali ini telah disertai 14 pasukan untuk kategori terbuka dan 5 pasukan untuk kategori 15 tahun ke bawah.
Dalam pada itu, Datuk Ding menyumbang kepada Kelab Belia Bintangor berjumlah RM5,000 dan akan memohon peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Tahun 2024 untuk menaiktaraf prasarana Gelanggang Futsal Taman Bintang Bintangor.
Turut hadir, Pengerusi Kelab Belia Bintangor Nur Ashikin Pohji, Timbalan Pengerusi Persona Malaysia Cr Helmi Morsili, Pengerusi Kelab Calvary Daerah Meradong Dominic Amor dan Ketua Pemuda Parti SUPP Cawangan Bintangor Ley Chee Hua. -EDISI UKAS