SABTU, 16 SEPTEMBER 2023
TELANG USAN: Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kee Tee, Long Lama telah meraikan sambutan Hari Malaysia dengan meriah pada Jumaat.
Pegawai Penerangan Daerah Long Lama Jua Daud dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Ubong Imang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama atas kerjasama dalam menjayakan program itu.
Program kali ini bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ turut menandakan 66 tahun Kemerdekaan Malaysia.
Katanya, program seperti ini adalah penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan generasi muda untuk mencintai negara dan mengetahui mengenai kemerdekaan.
Ujarnya lagi, semangat cintakan tanah air wajar dipupuk di peringkat pelajar bermula dari sekolah rendah lagi bukan sahaja melalui pembelajaran di sekolah tetapi penglibatan mereka dalam acara sebegini memberi mereka semangat dalam mengenali dan mengetahui tentang sejarah tanah air sendiri.
Turut hadir ialah wakil Pegawai Daerah Telang Usan Ping Anyi Ngau, Guru Besar SK Ubong Imang Jacob George, Pengetua SMK Long Lama Bawie Mamat dan Penghulu Desmond Yap Cheng Siang. – EDISI UKAS