SABTU, 16 SEPTEMBER 2023
KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengetuai mesyuarat bersama dengan jemaah menteri di Wisma Bapa Malaysia, pada Sabtu.
Antara barisan menteri yang dilihat menghadiri mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Fadillah Yusof, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Nancy Shukri.
Selain itu turut serta ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Sumber Manusia Sivakumar Varatharaju Naidu, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Mesyuarat bermula kira-kira jam 2.15 petang itu berakhir kira-kira hampir jam 6 petang.
Difahamkan, para menteri kemudiannya menghadiri sambutan Hari Malaysia 2023 di Stadium Perpaduan Kuching pada malam ini.
Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkesempatan bergambar bersama Perdana Menteri dan jemaah menteri yang lain sebelum mesyuarat bermula.
Sejurus selepas itu, Premier Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari Abdul di pejabatnya.
Kunjungan hormat kira-kira setengah jam itu adalah untuk membincangkan perkara berkaitan kelestarian alam termasuk usaha penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Johari menzahirkan rasa kagum kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari atas usaha beliau memacu pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin dan hidroelektrik demi sasaran karbon sifar bersih Sarawak. -EDISI UKAS