Fadhlina Sidek Angkat Sarawak Sebagai Contoh Madani

SABTU, 16 SEPTEMBER 2023

SIMUNJAN: Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek telah mengangkat Sarawak sebagai contoh Madani yang unggul dan layak dijadikan rujukan oleh negeri-negeri lain di Malaysia. 

Beliau memuji budaya hormat-menghormati yang tinggi di negeri ini, yang mana kepelbagaian etnik dan budaya diintegrasikan dengan harmoni dalam satu kesatuan yang mengagumkan. 

Katanya, Sarawak secara tidak langsung membuktikan kelebihannya dalam memahami dan menerima perbezaan sebagai kekayaan.

Fadhlina menyuarakan pandangan tersebut semasa menghadiri Program Lawatan Menteri Pendidikan Malaysia Ke Sekolah Daerah Simunjan pada Jumaat.

Menerusi lawatan tersebut, beliau turut mengumumkan Program Susul Tindak Parlimen yang bertujuan untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. 

“Program ini akan melibatkan kunjungan ke sekolah-sekolah untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul,” jelasnya lanjut.

Di samping itu, beliau turut memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan untuk tujuan penambahbaikan pejabat tersebut.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr. Annuar Rapaee, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, ADUN Simunjan Awla Dris, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Pkharuddin Ghazali, Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr. Azhar Ahmad, Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pegawai Daerah Simunjan Seroji Ludin dan Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Hasbi Ancheh.-Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia