Majlis Sambutan Hari Malaysia Capai Tahap Kegemilangan Luar Biasa

AHAD, 17 SEPTEMBER 2023

KUCHING: Majlis sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Stadium Perpaduan, di sini pada Sabtu telah mencapai tahap kegemilangan yang luar biasa.

Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Menteri bertanggungjawab terhadap sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023, Fahmi Fadzil berkata, acara ini malah melebihi jangkaan dengan kehadiran lebih 5000 orang sehingga memenuhi ruang sedia ada yang telah disediakan.

“Saya merasakan ini satu program kemuncak kepada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Ini sudah pasti bagi saya secara peribadi,memandangkan ini kali pertama saya mengendalikan, ia sangat bermakna dan tidak akan saya lupakan.

“Waktu ini saya rasa selesai sebahagian daripada tugas hakiki saya, insyaAllah kita akan teliti apa yang mungkin boleh kita lakukan pada tahun depan untuk Hari Kebangsaan dan Hati Malaysia, sambutan-sambutan yang sangat bermakna untuk negara kita, yang ditambah baik dan diperkemas,” katanya ketika ditemubual media sebaik sahaja selesai Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023.

Dalam pada itu, tambah Fahmi, keberkesanan acara ini dapat dilihat daripada pelbagai persembahan pengisian termasuk amanat daripada Perdana Menteri dan Premier Sarawak yang amat bermakna bukan hanya untuk Sarawak malah seluruh Malaysia.

“Pesanan dan juga peringatan yang disampaikan oleh Premier Sarawak dan Perdana Menteri sangat bermakna lebih-lebih lagi mengenai pengumuman Premier Sarawak berhubung Kuching, Sarawak akan menjadi tuan rumah Persidangan Air Antarabangsa (IWA) pada tahun 2028 nanti,” jelas beliau.

Ditanya mengenai sambutan bulan kebangsaan, menurutnya, ia bukan hanya sekadar mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik, tetapi benar-benar menyemai rasa cinta terhadap negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 telah diperindah dengan persembahan berkonsepkan “Overture-Soul of Malaysia” sebagai simbolik perasmian dan tarian rampaian tiga wilayah (Semenanjung Malaysia, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak).

Majlis disemarakkan dengan perarakan masuk Jalur Gemilang oleh Konvoi Kembara Merdeka disusuli upacara menaikkan bendera oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan bacaan ikrar Rukun Negara yang diketuai Ikon Belia Negeri Sarawak 2023, Afiq Fadhli Narawi bersama-sama 60 belia.

Selain itu, persembahan khas Teater Muzikal Segulai Sejalai turut dipersembahkan dengan memaparkan semangat perjuangan, kelestarian budaya, keutuhan agama, serta lambang kesatuan dan kemasyarakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.

Hadir menyempurnakan simbolik sambutan ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor turut hadir menyempurnakan acara simbolik menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2023.-Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia