Sarawak Bakal Miliki Estet Padi

AHAD, 17 SEPTEMBER 2023

SEBUYAU: Sarawak bakal memiliki estet padi tersendiri untuk menghasilkan beras bagi memenuhi keperluan negeri khasnya dan negara amnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi, terdapat negara-negara pembekal beras yang akan berhenti mengeksport hasil masing-masing.

Justeru katanya, Sarawak memerlukan kemampuan untuk mengeluarkan padi dalam menghasilkan beras untuk masyarakat tempatan.

“Kita mesti berkemampuan untuk mengeluarkan padi bagi menghasilkan beras di negeri Sarawak dan begitu juga akan dilakukan di Sabah,” katanya ketika berucap dalam Program Santuni Rakyat di Dewan Sekolah Kebangsaan Haji Bujang di sini pada Ahad.

Tambahnya, tanggungjawab mengendali estet padi tersebut kelak akan diletak dibawah Felcra dalam memastikan pembangunannya dijalankan segera.

Sementara itu dalam sidang media selepas program, Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid menjelaskan, terdapat beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan berkenaan namun, pelaksanaannya akan memakan masa.

“Pada prinsipnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah bersetuju dan mengenalpasti tempat-tempat yang luas.

“Namun begitu, pelaksanaannya memerlukan sedikit waktu kerana peruntukan yang perlu diselaras dan persetujuan daripada pemilik-pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR),” jelasnya.

Ujarnya lagi, keluasan tanah padi yang dijangkakan adalah sebanyak 50,000 hektar manakala jenis benih padi yang ditanam adalah berdasarkan tanah di lokasi terlibat.

Dalam pada itu, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga telah mengarahkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) agar menyantuni pekebun-pekebun kecil di daerah Sebuyau dan juga seluruh Sarawak supaya dapat membela nasib mereka.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli serta Pengerusi Felcra Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia