Sarawak Berpotensi Jadi Hab Tapak Industri Hijau, Hidrogen & Aspek Hiliran Terhebat

SABTU, 16 SEPTEMBER 2023

KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi hab tapak pembangunan industri hijau, hidrogen dan beberapa aspek hiliran yang terhebat di rantau ASEAN.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Sarawak berjaya melangkah jauh daripada imejnya sewaktu Malaysia ditubuhkan 60 tahun dahulu untuk menjadi negeri paling progresif di negara ini dan berpotensi menjadi lebih maju lagi.

Menurutnya, kesungguhan yang ditunjukkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk memajukan negeri ini menerusi beberapa inisiatif baharu yang ternyata berkesan, menyebabkan beliau telah diminta memberi pandangan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada petang Sabtu.

Dato’ Seri Anwar mempengerusikan  mesyuarat tersebut pada jam 2.30 petang dan mengambil masa kira-kira selama tiga jam.

“Sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri tadi, bayangkan kalau dulu kita datang bagi kuliah kepada pemimpin Sarawak, hari ini saya minta Premier Sarawak beri pandangan dan kuliah kepada Menteri Persekutuan.

“Saya sebut ini tanpa bermaksud untuk memberi pujian berlebihan kepada sahabat saya Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari, tetapi kenyataannya, belum pernah ada mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan yang mana pemimpin negeri diminta memberi pandangan tentang kemajuan bidang baharu diterokai dengan jayanya berdasarkan pelaksanaan di Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Pemangku Yang Di-pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini pada malam Sabtu.

Menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Dato’ Seri Anwar memberi jaminan akan melaksanakan segala perjanjian yang telah dimeterai.

Tegasnya, beberapa perkara lain yang termaktub bukan untuk dirunding, tetapi untuk dilaksanakan.

“Tanggungjawab saya adalah melaksanakan janji dan perjanjian yang telah dimeterai oleh pemimpin dan pejuang negara semasa pembentukan Malaysia untuk diselesaikan.

“Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan, hampir semua dapat dilaksanakan. Ada beberapa perkara lain yang saya turut memberi jaminan bukan untuk dirunding, tetapi untuk dilaksana. Saya tidak mahu Sabah atau Sarawak ada perasaan bahawa orang Semananjung itu meminggirkan.

“Kami generasi baharu, kami generasi yang mahu melaksana dan mahu mengotakan apa yang dikatakan,”jelasnya lanjut.

Turut hadir ialah isteri TYT Pemangku Yang Di-pertua Negeri Sarawak Puan Sri Dato Fatimah Mohd Iskandar, isteri Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Panglima Juliah Salag, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri bertanggungjawab sambutan Hari Malaysia 2023 Fahmi Fadzil dan Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta semua menteri kabinet Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Antara pengisian program lain pada majlis sambutan itu ialah Persembahan Tarian Tiga Wilayah Semenanjung Malaysia; Sarawak dan Sabah, persembahan khas ‘Teater Muzikal Segulai Sejalai’, upacara bacaan ikrar rukun negara, nyanyian lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera, persembahan bunga api, di samping persembahan nyanyian oleh penyanyi tempatan termasuk penyanyi terkenal tanah air, Aina Abdul dan Bob Yusof.

Tahun ini merupakan penganjuran kali kedua di lokasi yang sama, selepas pada tahun 2019 dan merupakan kali ketujuh penganjuran Hari Malaysia diadakan di Sarawak sejak sambutannya mula diadakan pada tahun 2010.-Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia