Sarawak Lakar Sejarah Tuan Rumah Kongres dan Pameran Air Sedunia 2028

AHAD, 17 SEPTEMBER 2023

KUCHING: Sarawak melakar sejarah untuk Malaysia dan Asean apabila dipilih sebagai tuan rumah Kongres dan Pameran Air Sedunia dijadual berlangsung pada 2028. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kongres itu dijangka menarik 10,000 peserta dari 80 negara yang akan diadakan di Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK) yang kini dalam perancangan untuk diperbesarkan.  

“Kongres itu adalah kongres dunia, dijangka menjana hasil ekonomi dan legasi yang akan menerajui kerjasama serantau untuk ASEAN.

“Ia juga akan meletakkan Sarawak sebagai hab untuk kemampanan dan inovasi dalam industri air global. Jadi kita Kuching kini dikenali oleh seluruh dunia,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching di sini pada Sabtu. 

Jelasnya lagi, ini sememangnya satu peristiwa penting yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia dalam sambutan Hari Malaysia ini. 

Sebelum ini, Sarawak tersenarai bersama negara Brazil untuk menjadi tuan rumah bagi Kongres dan Pameran Air Sedunia pada 2028.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia